Sejarah Pemain Bola Sepak

Dimitar Berbatov(Bulgaria: Димитър Бербатов) (lahir30 Januari1981diBlagoevgrad,Bulgaria) merupakan seorang pemainbola sepakBulgariayang bermain sebagai penyerang di kelabManchester Uniteddalam saingan Liga Perdana Inggeris. Beliau merupakan kapten bagipasukan bola sepak kebangsaan Bulgaria. Beliau dikenali dengan sentuhannya yang cekap dan berkebolehan untuk menjaringkan gol, dan dianggap sebagai antarapenyerangyang paling berbakat di Eropah. Karier awal Karier Berbatov bermula di kelab Pirin Blagoevgrad sebelum direkrut oleh Dimitar Penev. CSKA Sofia Berbatov berhijrah keCSKA Sofiaseawal usia 17 tahun, mengikut jejak bapanya Ivan yang pernah bermain dengan kelab tersebut sebagai pemain sayap dan pertahanan. Berbatov bermain dalam Bulgarian A PFG pada 1998 hingga Januari 2001, dengan penampilan sulungnya adalah pada musim . Beliau mula menempa nama setelah menjaringkan 14 gol dalam 27 perlawanan liga dan memenangi Bulgarian National Cup pada 1999.Pada Jun 2000 Berbatov hampir menyertai kelabSerie AItaliU.S. Lecce, namun gagal dipercayai atas permintaan Berbatov sendiri.Bayer Leverkusen Berbatov menyertaiBayer Leverkusenpada Januari 2001. Bagaimanapun, beliau membuat permulaan lembab dengan hanya 16 gol daripada 67 penampilannya bersama kelab. Namun beliau memainkan peranan penting dalam Liga Juara-Juara Eropah menerusi gerakan solo menentangLyon, selain gol menentangLiverpoolpada suku akhir. Beliau turut bermain dalam perlawanan akhir menentangReal Madrid, sebagai pemain gantian kepadaThomas Brdaricselepas 38 minit.Pada musim Berbatov mula menjadi pilihan utama Leverkusen di barisan serangan namun hanya pada musim seterusnya iaitu pada barulah Berbatov mula menyerlah dengan 16 gol daripada 24 perlawanan. Dua musim selanjutnya nyata memihak kepadanya dengan menjaringkan 46 gol lagi termasuk 5 dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah . Ini telah menarik minat kelab-kelab Eropah kepadanya. Tottenham Hotspur Spekulasi mula tercetus mengenai penghijrahan Berbatov keTottenham Hotspur, namun hanya pada bulan Mei 2006 Berbatov mengesahkan penghijrahannya dengan bayaran sebanyak €16m. Proses itu dilengkapkan pada 1 Julai 2006 setelah beliau memperoleh permit kerja, dan menjaringkan dua gol dalam masa dua minit ketika perlawanan sulungnya bersama Tottenham, menentangBirmingham Citydalam perlawanan persahabatan pra-musim.Gol kompetitif pertama Berbatov muncul dalam penampilan sulungnya dalam aksi tempat sendiri menentangSheffield Uniteddi White Hart Lane. Gandingan beliau bersamaRobbie Keanenyata menjadi buat Tottenham dalam saingan Piala UEFA, sebelum Tottenham disingkirkan olehSevillepada pusingan suku akhir. Beliau kekal sebagai pilihan utama dalam barisan serangan Tottenham, walaupun penggiliran dilakukan oleh pengurus pasukanMartin Jol.Walaupun beraksi dalam kejohanan benua, Berbatov mengambil masa untuk menyesuaikan dirinya dengan stail bola sepak Inggeris. Prestasinya mula meningkat ketika perlawanan menentangWigan Athletic. Ianya diikuti dengan dua gol menentangCharlton Athletic. Gol sulung beliau dalam Piala FA muncul ketika menentangFulham.Berbatov dan rakan sepasukan beliauRobbie Keanedinamakan pemenang bersama Pemain Terbaik Liga pada bulan April, muncul sebagai pemain pertama untuk berkongsi anugerah sejakDennis BergkampdanEdudari Arsenal memenanginya pada Februari 2004. Beliau seterusnya menjaringkan gol ke-100 Tottenham dalam musim , ketika kemenangan 2-0 ke atas Charlton Athletic pada 7 Mei 2007.Permainan cemerlang beliau membawa kepada penganugerahan Pemain Terbaik Tahunan bagi Tottenham Hotspur pada , selain disenaraikan dalam Pasukan Terbaik Tahunan Liga Perdana pada 21 April 2007. Berbatov adalah salah seorang daripada tiga pemain dalam senarai tersebut yang tidak bermain dengan pemenang ligaManchester United. Dua pemain lagi adalahSteven GerrarddanDidier Drogba. Setelah Tottenham tewas tipis kepadaArsenaldalam pertembungan setempat London pada 22 Disember 2007, pengurus ArsenalArsène Wengermenyamakan beliau dengan legenda Arsenal,Thierry Henry.Hatrik pertama Liga Perdana beliau bersama Spurs muncul pada 29 Disember 2007, setelah menjaringkan 4 gol untuk membantu Tottenham menang 6-4 ke atasReading.Berbatov bermain dalam final kejohanan pertama bersama Tottenham dalam final Piala Liga pada 24 Februari 2008 di stadium Wembley, menentangChelseayang mana beliau menjaringkan gol menerusi sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan 1-1 dalam perlawanan yang dimenangi Tottenham 2-1. Beliau sekali lagi menjaringkan gol ke-100 Tottenham musim itu, dalam keputusan seri 1-1 menentang Wigan Athletic.Musim bermula dengan agak sukar bagi Berbatov, setelah keinginannya untuk berhijrah ke pasukan yang lebih besar disiarkan secara meluas oleh media. Spekulasi mengenai tawaran daripada Manchester United untuk memperoleh khidmatnya memburukkan lagi keadaan, yang mana mengakibatkan Berbatov digugurkan daripada perlawanan menentangSunderland.Manchester United Berbatov menyempurnakan perpindahannya ke Manchester United beberapa jam sebelum pintu perpindahan musim panas ditutup dengan bayaran sekitar £30.75 million, yang turut menyaksikan pemain muda United Fraizer Campbell menyertai Tottenham secara pinjaman semusim. Perpindahan itu disempurnakan sekalipun Tottenham menerima tawaran daripadaManchester Citypada hari yang sama, yang mana City dibenarkan untuk berunding dengan Berbatov. Namun, Berbatov enggan dan tetap dengan keputusannya untuk menyertai United, menandatangani kontrak selama empat tahun. Beliau memakai jersi nombor 9 yang sebelumnya digunakan olehLouis Saha.Penampilan sulung beliau dengan United muncul ketika kunjungan keLiverpool, yang mana hantaran beliau disempurnakan olehCarlos Tevezuntuk gol United. Gol pertama beliau untuk United muncul ketika perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentangAalborg BK, dua gol untuk membantu kemenangan 3-0 United pada 30 September 2008. Gol liga pertama beliau untuk United muncul dalam kemenangan 4-0 menentangWest Bromwich Albionpada 18 Oktober 2008. Seterusnya, jaringan minit akhir beliau menentangBolton Wandererspada 17 Januari 2009 membantu United menang 1-0 dan naik ke tangga teratas liga buat pertama kalinya dalam musim itu.